Pensel : Saya minta maaf.
Pemadam : Untuk apa? Awak tak buat salah pun.
Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya
buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya.
Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian
dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.
Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana
saya dibuat utk membetulkan kesilapan yang awak buat. Walaupun suatu
hari nanti saya tahu yang saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan
kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak
bersedih.
# Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan
sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa
berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yang kita
lakukan..mereka adalah ibarat pemadam terbaik untuk anak-anak
mereka..Selagi mereka hidup jangan sia-siakan mereka...